≡ Menu

Mesin pemerah santan


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

st 02.1 Mesin pemerah santan

 

 

Penggunaan santan dalam pembuatan kuih muih sangat penting. Malah, santan turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Kualiti santan dalam proses memasak juga perlu dititikberatkan.

Jika kita menggunakan santan yang tidak segar, rasa pada masakan itu akan terjejas. Santan yang tidak segar akan memberi rasa yang masam dan kelat.

Untuk mendapatkan santan yang berkualiti dan segar, sudah semestinya kita perlu menggunakan santan yang diperah sendiri. Tetapi proses memerah santan ini sangat memenatkan dan rumit apabila melibatkan kuantiti yang banyak.

Dengan itu, apabila di Zull Design Autotronic (ZDA) berjaya menghasilkan sebuah mesin yang boleh memudahkan dan meringankan beban pengusaha yang memerlukan santan untuk perniagaan atau dalam kegunaan harian, kejayaan tersebut tentulah mengujakan mereka

Mesin berkenaan mampu mengeluarkan kapasiti santan sehingga 30 hingga 60 kilogram sejam.

Yang menariknya, mesin pemerah santan tersebut dibuat mengikut kehendak pelanggan.

ZDA cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pengusaha yang berminat.

Harga mesin berkenaan tidak tetap sebaliknya bergantung kepada kemampuan pelanggan daripada segi bajet dan kapasiti pengeluaran.

Untuk makluman, pihak ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap. Pihak pengusaha harus membuat tempahan terlebih dahulu dan pihaknya menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan.

Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini,

Pengguna mungkin pernah melihat sendiri pelbagai jenis mesin seumpamanya yang telah berada di pasaran sebelum ini termasuk yang dihasilkan oleh individu dan agensi kerajaan.

UM

 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI !

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
The following two tabs change content below.
1x1.trans Mesin pemerah santan
All Entry Posted By Menjadi muslimah YANG IKHLAS.. Sebagai seorang wanita muslim ibadah yang kita lakukan kerana keperluannya terhadap ALLAH sebagai tempat sandaran hati dan jiwa, sekaligus tempat memohon pertolongan dan perlindungan. I'm a teacher at SMK Seri balik Pulau.. I teach Science in English.. With all my Love I'm happy to become a loving mum to my children(Badrul Hisham,Muhd Noor Shahril, Muhd. Nuruddin, Muhd. Noor Firdaus, Noor Hidayah and Noor Jannah) and a greatful to have my caring husband, Haji Bashah bin Mahmud..
1x1.trans Mesin pemerah santan

Latest posts by Noor Mala Shahar (see all)

Comments on this entry are closed.

%d bloggers like this: