≡ Menu

Khairy arah BAM segera lunas insentif SGAR

assalamualaikum Khairy arah BAM  segera lunas  insentif  SGAR

Kluang: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) segera melunaskan insentif Skim Galakan Jurulatih (SGAR) sebanyak RM16,000 kepada barisan jurulatih skuad Piala Thomas yang membantu pasukan mara ke final kejohanan itu di New Delhi, India Mei lalu.

“Itu hak jurulatih kenalah bagi jurulatih… jangan tak bagi. Itu duit MSN (Majlis Sukan Negara) yang saya luluskan, tiada sebab BAM tak bagi duit itu kepada jurulatih,” katanya selepas merasmikan Persidangan Sayap UMNO Bahagian Kluang 2014, di sini semalam.

BH Sukan semalam melaporkan BAM didakwa enggan mengagihkan insentif yang diterima daripada MSN kepada barisan jurulatih yang terdiri daripada Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan dan Hendrawan.

Badan induk itu dikatakan mahu menyimpannya dan hanya memberikannya pada hujung tahun, itu pun mengikut petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dan kemungkinan perlu dikongsikan dengan semua jurulatih tanpa mengambil kira pencapaian di New Delhi.

Tak puas hati

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong yang dihubungi berhubung perkara itu menegaskan insentif berkenaan memang diberikan untuk jurulatih yang membantu skuad Piala Thomas saja.

“Saya tidak pasti apa alasan BAM tidak mahu memberikan insentif itu kepada jurulatih yang terbabit kerana perkara ini sudah dibincangkan bersama Datuk Mohamad Norza Zakaria (Timbalan Presiden BAM) dan Datuk Syed Abu Bakar (pengurus skuad Piala Thomas) dan kita sudah tetapkan siapa jurulatih yang berhak menerimanya.

“Saya harap BAM dapat menyelesaikan segera, jangan sampai timbul keraguan atau rasa tidak puas hati di kalangan jurulatih,” katanya.

Sementara itu, Norza memberi jaminan BAM akan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin dan mencadangkan kepada presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff untuk membayarnya kepada jurulatih terbabit.

Article source: http://www.bharian.com.my/articles/KhairyarahBAMsegeralunasinsentifSGAR/Article/

About the author: All Entry Posted By Menjadi muslimah YANG IKHLAS.. Sebagai seorang wanita muslim ibadah yang kita lakukan kerana keperluannya terhadap ALLAH sebagai tempat sandaran hati dan jiwa, sekaligus tempat memohon pertolongan dan perlindungan.I’m a teacher at SMK Seri balik Pulau.. I teach Science in English.. With all my Love I’m happy to become a loving mum to my children(Badrul Hisham,Muhd Noor Shahril, Muhd. Nuruddin, Muhd. Noor Firdaus, Noor Hidayah and Noor Jannah) and a greatful to have my caring husband, Haji Bashah bin Mahmud..

Comments on this entry are closed.