≡ Menu

Isi kandungan perut bumi


APAKAH sebenarnya kandungan bumi yang berukuran diameter lebih kurang 12,750 kilometer?

 

Isi kandungan perut bumi fs 03 bumi 2

 


Ia sebenarnya dibentuk oleh tiga lapisan utama iaitu kerak, mantel dan teras. Untuk memudahkan anda memahami struktur bumi, bayangkan telur rebus. Kerak iaitu bahagian luar adalah yang paling nipis berbanding dua bahagian lain.

Di bawah lautan, kerak berbeza mengikut ketebalan. Purata ketebalan kerak ialah 30 kilometer di bawah rangkaian gunung ganang seperti Alps atau Sierra Nevada yang boleh mencapai kedalaman 100 kilometer.

Seperti juga kulit telur, kerak bumi juga rapuh dan mudah pecah. Kerak ini terbentuk daripada batu-batu ringan yang seolah-olah ‘terapung’ di atas mantel. Lapisan ini meliputi daratan dan juga batu batan di bawah lautan. Mantel Mantel pula terletak di bawah kerak dengan ketebalan lebih kurang 2,900 kilometer.

Secara perbandingan, mantel ini ialah bahagian putih telur. Mantel lebih padat daripada kerak bumi. Disebabkan inilah maka kerak ‘terapung’ di atasnya dan mempunyai tekstur seperti tar. Batu-batan di kawasan ini kaya dengan unsur-unsur besi, magnesium dan silicon. Faktor inilah yang menyebabkannya lebih padat daripada kerak. Teras bumi tidak seperti kuning telur yang mempunyai satu bahagian sahaja, teras bumi terdiri daripada dua bahagian yang berbeza

Bahagian luar dipanggil teras luar. Ketebalannya mencapai 2,100 kilometer dan ia adalah dalam bentuk nikel dan besi cair. Bahagian teras dalam pula adalah merupakan pusat sebenar bumi dengan diameter berukuran 2,800 kilometer dan merupakan campuran pekat besi dan nikel.

Apabila bumi berputar, bahagian cair dalam bahagian luar teras bumi juga berpusing mewujudkan lapangan magnatik bumi. Tidak hairanlah, struktur dalaman bumi mempengaruhi plat tektonik. Bahagian luar mantel lebih sejuk dan lebih keras berbanding bahagian dalam mantel menjadikannya bertindak sebagai penindih kerak.

Kedua-duanya iaitu plat tektonik dan bahagian luar mantel ini membentuk lapisan batu keras yang dikenali sebagai litosfera. Litosfera selalunya merupakan bahagian paling nipis di bawah lautan dan juga di benua yang aktif volkanik seperti di barat Amerika Syarikat.

 

http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2002&dt=0401&pub=ESTIDOTMY&sec=Fokus&pg=fs_03.htm

 

 

The following two tabs change content below.
Isi kandungan perut bumi 1x1.trans bumi 2
All Entry Posted By Menjadi muslimah YANG IKHLAS.. Sebagai seorang wanita muslim ibadah yang kita lakukan kerana keperluannya terhadap ALLAH sebagai tempat sandaran hati dan jiwa, sekaligus tempat memohon pertolongan dan perlindungan. I'm a teacher at SMK Seri balik Pulau.. I teach Science in English.. With all my Love I'm happy to become a loving mum to my children(Badrul Hisham,Muhd Noor Shahril, Muhd. Nuruddin, Muhd. Noor Firdaus, Noor Hidayah and Noor Jannah) and a greatful to have my caring husband, Haji Bashah bin Mahmud..

Comments on this entry are closed.

%d bloggers like this: